IKLAN : Seminar dan Motivasi UPKK 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Peperiksaan dah semakin menghampiri. Tinggal lebih kurang satu bulan saja lagi sebelum calon-calon peperiksaan UPKK akan menduduki peperiksaan.


Bagi mempersiapkan minda dan mental calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan UPKK pada tahun 2015 ini, Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat cawangan Ipoh akan mengadakan Program Seminar dan Motivasi UPKK 2015 pada 20 dan 21 September ini di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Borang penyertaan boleh didapatkan melalui sekolah SRAR masing-masing dan bagi SRAR zon 4 daerah Ipoh, tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 September 2015. Bayaran sebanyak RM130 dikenakan bagi setiap peserta merangkumi kos makan minum dan bahan seminar.

Bagi Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Seminar dan Motivasi UPKK 2015 ini, bolehlah menghubungi pihak sekolah sebelum tarikh tutup penyertaan kerana tempat adalah terhad.
Previous
Next Post »