Khidmat Sewa Kemudahan Sekolah

Ingin buat majlis kenduri tapi dewan semua sudah penuh ditempah ?

Nak buat Seminar tapi susah nak cari tempat yang sesuai ?

Mahal sangat nak sewa kemudahan sedia ada ? 

Ada dewan tapi tetamu merungut susah nak parkir kenderaan ?

InsyaAllah kami ada penyelesaiannya. 

Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sungai Rokam dengan berbesar hati menawarkan khidmat sewa tapak halaman sekolah bagi tujuan-tujuan tersebut. 

Kemudahan elektrik, air, tempat solat dan tandas juga tersedia bagi memudahkan tetamu yang hadir.

Untuk urusan sewa tapak halaman sekolah, sila maklumkan dalam masa dua minggu awal sebelum tarikh penyewaan.

Deposit sebanyak 50% akan dikenakan pada masa tempahan.