Ujian Percubaan SRAI 2024

Alhamdulillah hari ini hari terakhir bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) menjawab kertas soalan ujian percubaan yang dilaksanakan diperingkat sekolah.


Pada tahun ini seramai 71 orang pelajar tahun 6 yang mendaftar diri bagi menduduki peperiksaan dijadualkan pada 22 - 24 Oktober nanti.

Sebelum ini, semua calon telah melalui ujian lisan bagi matapelajaran tadarus, tilawah, kefahaman dan hafazan Al-Quran.

Pelbagai persediaan yang telah disusun atur oleh pihak sekolah bagi memastikan semua calon benar-benar bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar yang bakal kunjung tiba.

Ujian percubaan ini dijalankan bagi menilai tahap kefahaman dan kebolehan pelajar melalui proses menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) pada tahun ini didoakan semoga kalian semua dipermudahkan segala urusan. 

Previous
Next Post »