Visi dan Misi


VISI

Menjana Insan Gemilang dan Terbilang


MISI

Pembangunan Fizikal Murid Dan Guru


Objektif dan Matlamat Sekolah

 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sungai Rokam yang merupakan sebuah institusi yang mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah dengan pendidikan asas fardhu ain sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan falsafah pendidikan islam dan kebangsaan.

Bidang-bidang yang dicakupi adalah seperti berikut :

* Pengajaran dan Pembelajaran
* Bimbingan dan pembentukan sahsiah
* Pentadbiran
* Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar 

Dasar Kualiti

 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sungai Rokam komited untuk menyedia dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti bersatu dengan objektifnya disemak semula dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Dasar kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sungai Rokam melalui media elektronik, media cetak, taklimat, pengurusan dan papan kenyataan bagi tujuan difahami dan dihayati seterusnya dipraktikkan bagi mencapai visi dan misi sekolah.