Khidmat Transit

Bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada sebahagian pelajar dan waris pelajar, pihak Sekolah Rendah Agama Rakyat ( SRAR ) Sungai Rokam telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan khidmat transit bagi tujuan tersebut.

Dibawah seliaan 5 orang guru, khidmat transit ini merangkumi kemudahan bilik salin pakaian, bilik mandi, rak-rak penyimpanan beg sekolah, penyediaan makan tengahari, kelas Iqra & bacaan Al-Quran serta khidmat pengiring menghantar pelajar-pelajar sesi pagi ke Sekolah Kebangsaan berhampiran.

Bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan transit ini adalah sebanyak RM 120.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Ratus Dua Puluh sahaja ) sebulan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada atau sebelum 6hb pada setiap awal bulan.

Waktu bermula perkhidmatan transit ini adalah seawal 7:30 pagi dan berakhir jam 6:00 petang sepanjang sesi persekolahan. Oleh itu, termasuk dalam syarat-syarat dan peraturan perkhidmatan transit untuk setiap waris pelajar dan pelajar-pelajar yang menggunakan khidmat transit SRAR Sungai Rokam mematuhi kesemua syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.