Keputusan UPKK 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kini sesi persekolahan 2016 sudah memasuki minggu kedua. Peningkatan kemasukan pelajar pada tahun 2016 ini agak memberansangkan bagi SRAR Sungai Rokam berbanding tahun lalu sehingga memaksa pihak pengurusan sekolah membuka sebuah lagi kelas bagi memastikan keselesaan pelajar di dalam kelas agar tidak terlalu padat berada di dalam kelas ketika sesi P&P dijalankan.

Syukur ke hadrat Allah juga kerana segala permasalahan kelewatan agihan buku teks kepada pelajar sudah dapat diatasi. Bagi ibubapa / penjaga yang masih belum membuat pembayaran pembelian buku, mohon kiranya agar dapat disegerakan bagi kemudahan anak-anak untuk belajar bersama rakan-rakan sekelas yang lain.

Masuk minggu kedua ini juga, bermula pemilihan ke atas pelajar yang berminat untuk mewakili SRAR Sungai Rokam dalam pertandingan Ikhtifal sekolah-sekolah KAFA 2016. Sebanyak 10 acara yang bakal disertai oleh wakil-wakil SRAR Sungai Rokam yang terpilih sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah-sekolah KAFA.

Berkenaan keputusan peperiksaan UPKK 2015, insyaAllah mengikut makluman awal yang diterima, keputusannya akan diumumkan pada 15 Januari 2016 oleh JAKIM. Bagi calon-calon dan ibubapa / penjaga yang terlibat, mohon nantikan makluman dari SRAR Sungai Rokam untuk tujuan pengambilan slip keputusan selepas dari tarikh pengumuman tersebut.





Previous
Next Post »