Peperiksaan Percubaan UPKK 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semakin hari semakin menghampiri. Begitulah situasinya yang perlu dihadapi oleh 89 orang calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun ini. Pelbagai usaha dan pendekatan bagi memantapkan persediaan kesemua calon sedang rancak dilaksanakan.

Untuk makluman ibubapa/penjaga dan calon yang terlibat, peperiksaan percubaan (bertulis) akan diadakan pada bulan Ogos ini nanti. Jadual berkenaan peperiksaan percubaan tersebut adalah seperti dalam paparan di bawah ini.


Untuk makluman, kemungkinan ada ibubapa/penjaga atau calon yang mendapati waktu peperiksaan tersebut terdapat sedikit perubahan namun ianya adalah kerana mengambil kira faktor-faktor persediaan untuk calon-calon menghadirkan diri ke SRAR setelah pulang dari Sekolah Kebangsaan harian.

Namun begitu, pihak SRAR Sungai Rokam ingin memaklumkan bahawa kesemua calon adalah dikehendaki hadir selewat-lewatnya 15 minit sebelum peperiksaan bermula kerana sebarang kelewatan boleh menyebabkan calon tidak layak untuk menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.




Previous
Next Post »