Majlis Ihtifal Daerah Ipoh 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana dengan izin-Nya, SRAR Sungai Rokam yang dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KAFA Daerah Ipoh pada 21 Mei 2016 berjaya melaksanakan perjalanan majlis dari awal hingga ke akhirnya.

Tidak juga dilupakan kepada semua guru-guru SRAR KAFA terutamanya dari kawasan Ipoh 4 yang turut sama membantu menyediakan persiapan dan menjalankan tugas di hari Majlis berlansung.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar. Walaupun disimbahi dengan hujan sewaktu pertandingan sedang berlangsung, namun majlis tetap diteruskan tanpa sebarang masalah.

Terima kasih juga kepada pihak TNB yang pantas memberikan tindakbalas kecemasan setelah berlaku sedikit insiden dikotak meter yang disebabkan peningkatan kemasukan beban arus elektrik yang "luar biasa" namun ianya dapat diatasi dengan segera.

Tahniah diucapkan kepada SRAR KAFA kawasan Ipoh 2 kerana telah berjaya membawa pulang piala johan keseluruhan untuk tahun 2016 ini. 

Bagi peserta yang mewakili SRAR Sungai Rokam dalam Majlis Ihtifal SRAR KAFA Daerah Ipoh, tahniah diucapkan kepada ;

Nur Farhanah bt. Jalalol Khaizi

Johan acara Penulisan Jawi

Amirah Afiqah bt. Amir , Nur Ain Najihah bt. Haidi & Nurliyana Atiqah bt. Hamidi

Naib Johan acara Hiwar

Kumpulan Nurul Falah

Tempat Ke Lima acara Marhaban



Previous
Next Post »