Majlis Silaturrahim & Jamuan Aidil Fitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan amal ibadat dan kehidupan di muka bumi ini. Untuk tahun ini sedikit kelainan dibuat dalam sambutan Aidil Fitri di SRAR Sungai Rokam.

Jika kebiasaannya di tahun-tahun sebelum ini, sambutan dan jamuan Aidil Fitri hanya dibuat diperingkat kelas sahaja, tahun ini sambutan dan jamuan Aidil Fitri akan diadakan secara peringkat sekolah dimana kesemua pelajar meraikan dan diraikan serentak.


Untuk makluman semua, majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;

TARIKH : 23 JULAI 2016 bersamaan 18 SYAWAL 1437
MASA : 10.00 PAGI hingga 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PERKARANGAN SRAR SUNGAI ROKAM

Semua ibubapa / penjaga anak-anak didik SRAR Sungai Rokam adalah dijemput hadir untuk meraikan majlis ini kerana selain menikmati juadah yang tersedia, majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim diantara warga kerja SRAR Sungai Rokam yang terdiri dari tenaga pengajar dan ahli lembaga jawatankuasa pengurusan SRAR Sungai Rokam bersama ibubapa dan penjaga anak-anak didik SRAR Sungai Rokam.

Dalam masa yang sama, insyaAllah di dalam majlis ini juga akan diadakan majlis Jasa Mu Dikenang khas untuk mantan pengerusi SRAR Sungai Rokam.

Sumbangan juadah seperti kuih raya (potluck) dan sebagainya juga dialu-alukan dari ibubapa / penjaga bagi memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan. Semoga dengan terlaksananya majlis ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita semua.



Previous
Next Post »