Majlis Silaturrahim & Jamuan Aidil Fitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan limpah kurnia Nya kepada kita semua untuk terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa juga kerana dengan izin dari Nya juga majlis yang diadakan pada 23 Julai yang lepas berjalan dengan lancar. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa / penjaga dan semua tetamu yang hadir meraikan majlis yang kami adakan. Walaupun dipenghujung majlis mungkin ada yang tidak dapat merasai juadah yang disediakan namun sokongan dan kehadiran dari tetamu amat kami hargai. 

InsyaAllah jika berpeluang panjang umur dimurahkan rezeki, dimasa akan datang pasti akan diadakan lagi majlis ukhwah sebegini. Terima kasih sekali lagi dari kami warga kerja SRAR Sungai Rokam, dan mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam majlis yang kami aturkan.












Previous
Next Post »