TARIKH & JADUAL PEPERIKSAAN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah tarikh dan jadual bagi peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2016 dan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016 untuk rujukan calon dan ibubapa / penjaga.


Untuk makluman, peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) ini akan diduduki oleh anak-anak didik yang berada di tahun 6. SRAI merupakan ujian peringkat awam yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak tahun 2011 lagi bagi membantu murid tahun enam dan salah satu syarat kelayakan untuk menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Negeri dan sekolah menengah Tahfiz atau sekolah berasrama penuh. 

Manakala bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pula adalah bagi anak-anak didik yang berada di tahun 5. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia. 


Mudah-mudahan dengan makluman ini dapat mempersiapsediakan ibubapa / penjaga dan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Sebarang pindaan atau perubahan pada tarikh dan jadual (sekiranya ada) akan dimaklumkan kelak.








Previous
Next Post »