Ihtifal KAFA peringkat Negeri Perak 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam kesibukan minggu berlansungnya peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA yang akan berakhir pada hari ini 13 Oktober 2016, jadual aktiviti untuk sekolah-sekolah KAFA masih diselitkan dengan beberapa acara.

Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak JAIPk melalui Bahagian Pendidikan JAIPk akan mengadakan Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Perak seusai peperiksaan UPKK 2016.


Majlis ihtifal yang akan diadakan bakal memperlihatkan pemenang-pemenang diperingkat Zon Daerah tempoh hari bertanding bagi mewakili Negeri Perak pula sebelum melangkahkan kaki ke pertandingan diperingkat Kebangsaan.

Pihak SRAR Sungai Rokam juga berasa berbesar hati kerana salah seorang anak didik dari sekolah ini juga akan memasuki pertandingan ihtifal peringkat Negeri Perak yang bakal berlansung pada 15 Oktober 2016 ini.

Anak didik yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan, adik Nur Farhanah yang telah menjadi johan dipertandingan ihtifal peringkat zon daerah dalam acara penulisan jawi dan kali ini, beliau bakal bertanding diperingkat negeri pula.

Sama-sama kita doakan mudah-mudahan beliau berjaya pula mengungguli kejayaan diperingkat negeri ini. Tuan puan semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis seterusnya memberikan sokongan kepada semua peserta yang bertanding.



Previous
Next Post »