Panduan mengisi maklumat Sistem Maklumat Pendidikan Islam "SIMPENI" JAKIM buat guru-guru KAFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah semalam sempat menghadiri bengkel guru data bagi urusan pengisian data dan maklumat SIMPENI untuk sekolah-sekolah KAFA.

Portal SIMPENI ni masih agak baru dibangunkan namun begitu ianya amat penting bagi mengumpul segala maklumat berkenaan sekolah-sekolah KAFA seluruh negara. Kalau sekolah kerajaan tu, mungkin mereka ada 1bestarinet dan sebagainya bagi mengumpul berbagai maklumat dan kemudahan untuk para pelajar mendapatkan pembelajaran virtual.

SIMPENI ni pula dibangunkan sebagai satu portal sistem maklumat yang boleh dicapai oleh pentadbir-pentadbir sekolah dan segala maklumat yang dimuat naik boleh diakses terus oleh JAKIM bagi memantau perkembangan sekolah-sekolah KAFA seluruh Malaysia.

Oleh kerana ianya masih baru, dan ketika dalam bengkel guru data semalam pun masih ramai yang kurang arif untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan, di sini disertakan sedikit panduan bagi guru-guru terbabit untuk mengisi data-data ke dalam portal SIMPENI.

Mudah-mudahan ianya dapat membantu para guru semua.

1. Masuk ke portal SIMPENI di http://simpeni.islam.gov.my/


2. Isikan User ID dan Kata Laluan anda. (Bagi Guru Data yang telah didaftarkan buat pertama kali, sila masukkan nombor kad pengenalan anda untuk User ID dan kata laluan tersebut). 

3. Jika Login berjaya, satu tetingkap yang mengandungi nama anda akan dipaparkan. Klik "Ok". Jika tidak berjaya, anda perlu menghubungi penyelia KAFA Daerah bagi mendaftarkan nama anda sebagai guru data untuk membolehkan anda mengakses portal.


4. Selepas anda klik "Ok", anda akan dibawa ke portal utama kembali. Klik pada "Pengurusan Sistem Maklumat".


5. Anda kini sudah berjaya memasuki protal sistem maklumat. Disitu akan tertera nama sekolah anda. Klik pada "Kemaskini" jika ingin menambah maklumat.


6. Klik pada menu "Guru" untuk mengemaskini maklumat guru.


7. Untuk mengemaskini maklumat guru sedia ada (jika ada), hanya perlu klik pada nama guru tersebut. Bagi memasukkan data guru yang lain, klik pada "Tambah Guru" disebelah bawah. Jika terdapat maklumat guru sedia ada (jika ada) yang telah berhenti atau tidak lagi berkhidmat di sekolah berkenaan, sila klik pada gambar tong sampah.


8. Isikan semua maklumat berkenaan guru. Untuk Guru Besar, sila pastikan bahagian "guru besar" telah ditandakan. Maklumat mengenai guru besar akan dimasukkan secara otomatik ke menu Guru Besar.


9. Selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik "Simpan".


10. Seterusnya untuk mengisi maklumat mengenai murid, klik pada menu "Kelas".

11. Pilih kelas yang mahu dimasukkan maklumatnya. Klik pada gambar 'orang' yang terdapat dibawah bahagian tindakan.


12. Klik pada "Tambah Pelajar Baru" dan masukkan semua maklumat mengenai murid. Pastikan bahagian yang bertanda * adalah wajib diisikan.


13. Setelah semua maklumat mengenai murid diisi, klik "Simpan". 

14. Satu tetingkap mengenai maklumat murid yang diisi tadi akan dipaparkan bagi semakan, klik "Tutup". Kemudian anda boleh mengulang kembali langkah ke 12 untuk memasukkan maklumat murid yang seterusnya.

Untuk pertama kali memang rasa macam agak susah, tapi tidak mengapa jika ada kesilapan kerana anda boleh mengulang kembali kemasukan data sehingga semua maklumat tiada kesalahan.

Semoga panduan ini bermanfaat dan dapat membantu guru-guru semua. Jika ada sebarang kesilapan atau pertanyaan, sila kemukakan dibahagian komen, insyaAllah akan cuba dibantu / dibimbing secepat mungkin.





Previous
Next Post »

4 komen setakat ini.

Write komen setakat ini.
syed
AUTHOR
11 September 2017 pada 8:43 PG padam

assamualaikum
tuan,maslaah saya apabila isi maklumat pelajar,kemudian kilk simpan..bila disemak semula..maklumat tu berubah pada nama pelajar lain.bagaiman mengatasinya?

Reply
avatar
SRAR SG ROKAM
AUTHOR
14 September 2017 pada 11:10 PG padam

waalaikumsalam

adakalanya berlaku pertindihan maklumat apabila data dimasukkan. Tuan boleh cuba hapuskan data murid sedia ada dahulu, kemudian buat semakan carian menggunakan no mykid di ruangan "murid".

Jika tiada paparan maklumat telah wujud, tuan boleh cuba masukkan kembali maklumat murid terbabit kemudian 'refresh' page dan semak semula.

Jika masih bermasalah, tuan perlu menghubungi penyelia KAFA daerah tuan untuk mereka lakukan semakan dan pembetulan.

Reply
avatar
Wali
AUTHOR
14 Mei 2019 pada 11:15 PG padam

Salam tuan, boleh beritahu saya cara nak buang list pelajar yg berhenti dan cara nak tambah list penyelia,

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
4 April 2020 pada 12:42 PG padam

Assalamualaikum maklumat pelajar isi d tmpat pelajar atau kelas?

Reply
avatar