Keputusan Peperiksaan Percubaan UPKK 2015

Seperti yang telah sedia maklum, pada tarikh 3 hingga 6 Ogos yang lepas, pelajar-pelajar tahun 5 SRAR Sungai Rokam telah menduduki peperiksaan percubaan UPKK 2015 yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).


Seramai 90 orang calon yang didaftarkan bagi menduduki peperiksaan tersebut dan ianya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan seperti calon tidak hadir menduduki peperiksaan percubaan dan calon yang didaftarkan telah berhenti sekolah.

Berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, peperiksaan percubaan UPKK ini adalah kali yang pertama diadakan oleh Bahagian Pendidikan JAIPk untuk semua sekolah-sekolah rendah agama rakyat diseluruh negeri Perak bagi memastikan calon-calon bersedia sebelum menghadapi peperiksaan sebenar disamping itu pencapaian calon-calon peperiksaan juga dapat dianalisis bagi memantapkan lagi keputusan akhir pada peperiksaan sebenar nanti.

Keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar tahun 5 SRAR Sungai Rokam yang menduduki peperiksaan percubaan UPKK 2015 dibawah seliaan Ustazah Alfiah dan Ustazah Noorrafidah telah selamat dihantar ke Bahagian Pendidikan JAIPk melalui Penyelia KAFA Daerah Ipoh di Pejabat Agama Daerah Ipoh.

Walaupun keputusan yang diperolehi tidak begitu mencapai sasaran yang dijangkakan, namun usaha untuk memantapkan lagi persediaan calon-calon sebelum menduduki peperiksaan UPKK 2015 yang sebenar tetap juga diadakan melalui kelas-kelas insentif dan kelas tambahan setiap hari Sabtu.

Kepada calon-calon UPKK 2015 SRAR Sungai Rokam, jangan putus asa dan teruskan perjuangan dalam menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kesayangan kita. 


Berikut adalah keputusan peperiksaan percubaan UPKK 2015 SRAR Sungai Rokam.





Previous
Next Post »