Pertandingan Melukis & Mewarna

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara kita Malaysia, pihak SRAR Sungai Rokam terutamanya tenaga pengajar mengalu-alukan para pelajar untuk sama-sama memeriahkan program yang bakal diadakan.


Setelah dibincangkan, InsyaAllah program Pertandingan Melukis & Mewarna sempena sambutan hari kemerdekaan akan diadakan pada tarik 27 Ogos 2015. 

Butiran pertandingan yang akan diadakan adalah seperti berikut;

Tarikh pertandingan : 27 Ogos 2015
Tempat : Dewan SRAR Sungai Rokam.
Tarikh tutup penyertaan : 26 Ogos 2015
Bayaran : RM 2 (Bagi setiap penyertaan)

Kategori Mewarna

  • Terbuka kepada semua pelajar tahun 1,2,dan 3 sahaja.
  • Kertas bergambar akan disediakan oleh penganjur.
  • Pemenang akan ditentukan melalui hasil kerja yang kemas, warna yang bersesuaian dan memuaskan hati pihak juri pertandingan.
 Kategori Melukis


  • Terbuka kepada semua pelajar tahun 4,5 dan 6 sahaja.
  • Kertas lukisan akan disediakan oleh penganjur.
  • Lukisan hendaklah mengikuti tema kemerdekaan iaitu #sehati sejiwa
  • Lukisan hendaklah diwarnakan.
  • Pemenang akan ditentukan melalui hasil kerja yang kemas, menepati tema dan memuaskan hati pihak juri pertandingan.   
Syarat Pertandingan

  • Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk menyertai satu (1) kategori sahaja.
  • Tidak dibenarkan melakukan kerja berkumpulan, peserta perlu menyiapkan hasil kerja sendiri tanpa bantuan dari pihak lain.
  • Masa yang ditetapkan adalah satu jam tiga puluh minit (1 jam 30 minit)
  • Penggunaan warna air, krayon atau 'oil pastel' tidak dibenarkan bagi kategori mewarna.
  • Peralatan melukis dan mewarna perlu dibawa sendiri oleh para peserta pertandingan.
  • Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang menimbulkan masalah pada hari pertandingan.
  • Keputusan para juri pertandingan adalah muktamad.
Sebanyak 56 hadiah (mungkin akan ditambah) disediakan buat para pemenang bagi semua kategori. Jika ada yang ingin menyumbang atau menambah lagi hadiah, bolehlah berbuat demikian sebelum 26 Ogos 2015.



Previous
Next Post »