Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Ada orang yang suka bercermin. Ada jugak yang
jarang-jarang melihat cermin. Ada pula yang lansung tak peduli dengan
cermin.
Kehidupan
kita dengan cermin memang tidak boleh nak dipisahkan. Bagi yang
mempunyai masalah penglihatan, cermin mata adalah gadjet penting
bagaikan nyawa yang tak boleh terpisah dengannya.
Bila
memandu kenderaan pula, cermin pandang belakang dan cermin sisi wajib
dijeling selalu bagi memastikan pemanduan selamat untuk mengelakkan
bahaya yang datang dari belakang.
Ada
juga yang menggunakan cermin sebagai hiasan, dijadikan pintu premis dan
berbagai-bagai lagi produk untuk kemudahan dan kesenangan kita semua.
Namun cermin yang terpenting dalam kehidupan yang tidak mungkin tidak kita boleh nak abaikan adalah cermin diri.
Bukan cermin untuk bersolek merapi diri namun ianya cerminan rohani dan batin kita semua.
Berapa
ramai antara kita yang sentiasa bermuhasabah diri, menghitung kelemahan
dan kekerdilan diri dan mencari kesilapan diri sendiri untuk diperbaiki
agar tidak dipersoalkan dihadapan Allah apabila tiba masanya nanti.
Ramainya
dari kita yang mungkin sibuk mengadili kesilapan orang lain. Mungkin
juga sibuk mengkritik kelemahan orang lain dan mungkin ada juga dari
kita yang sibuk mencari-cari dan membongkar keburukan dan kejahilan
orang lain demi memperlihatkan diri kitalah yang terbaik berbanding
orang lain itu.
Apakah kita ini maksum ? Apakah kita ini sempurna ? Apakah kita ini mulia tarafnya ?
Tidak salah andainya kita menegur. Tidak jadi satu dosa juga kiranya kita menasihati orang lain.
Cumanya
jangan sesekali kita lupa tentang diri kita sendiri. Jangan merasa diri
sudah sempurna. Jangan merasa diri tiada kesalahan. jangan merasa diri
tidak berbuat silap.
Duduk
sejenak, hitunglah diri. Cari kesalahan, kesilapan, kelemahan,
kekurangan dan keburukan diri sendiri lalu bandingkan dengan kelebihan
yang orang lain miliki.
Bukannya sibuk membandingkan kelebihan diri dengan keburukan, kekurangan, kelemahan, kesilapan dan kesalahan orang lain.
Ingatlah
setiap kali kita memandang cermin, memandang wajah kita yang kacak dan
cantik di luaran, tanyakan pada diri kita itu apakah aku juga cantik di
dalam ?
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon