Alhamdulillah bermula semalam bertarikh 3 Ogos 2015, seramai 86 orang calon dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Rokam telah menduduki peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun pertama ianya diadakan di Negeri Perak.
Antara tujuan peperiksaan percubaan ini diadakan adalah untuk mempersediakan murid-murid sebagai calon dalam menghadapi peperiksaan sebenar yang dikawal selia oleh JAKIM. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dibahagian pendidikan mengambil inisiatif mengadakan peperiksaan percubaan ini untuk memantapkan lagi persediaan semua calon-calon seluruh negeri Perak.
Kami di pihak pengurusan dan tenaga pengajar SRAR Sungai Rokam mendoakan mudah-mudahan anak-anak didik SRAR Sungai Rokam berjaya cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini seterusnya mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon