Program Jelajah Sekolah BLINK

Pihak Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Rokam dengan kerjasama Blink Trading Sdn Bhd akan menganjurkan Program Jelajah Sekolah Negeri Perak Penulis & Pekomik yang akan berlansung selama dua hari pada 11 dan 12 Ogos ini.


Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjaya penulisan dan bagaimana cara untuk menerbitkan sesebuah buku atau komik.

Ianya juga bertujuan bagi menarik minat pelajar untuk membaca melalui kempen membaca dan meningkatkan penguasaan tatabahasa dikalangan pelajar melalui pembacaan buku terbitan PTS. 

Malah melalui program ini juga, ianya dapat mencungkil bakat baru dikalangan pelajar dalam bidang penulisan dan lukisan dan dapat memberikan motivasi kepada para pelajar.

Beberapa aktiviti dan program telah diaturkan seperti sesi ucapan mengenai kerjaya penulisan / pekomik dan kempen membaca buku oleh penulis / pekomik.

Gerai pameran dan jualan buku juga akan diadakan sepanjang dua hari program berlansung. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri mengikuti program yang diadakan ini. 



 
Previous
Next Post »