Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk terus menikmati nikmat rezeki dari ALLAH di muka bumi ini.
Pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan istighfar dan selawat ke atas Junjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W mudah-mudahan kita mendapat syafaat darinya di akhirat kelak.
Baru-baru ini, pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Perak menerusi bahagian pendidikan telah pun mengeluarkan tarikh-tarikh peperiksaan yang bakal diadakan iaitu bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) bagi tahun 2016.
Untuk perhatian dan makluman kepada ibubapa atau penjaga, di sini dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan UPKK dan SRAI bagi tahun 2016 adalah seperti berikut,
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK 2016 :
8 OGOS 2016 hingga 11 OGOS 2016
PEPERIKSAAN SRAI 2016 :
26 SEPTEMBER 2016 hingga 28 SEPTEMBER 2016
PEPERIKSAAN UPKK 2016 :
10 OKTOBER 2016 hingga 13 OKTOBER 2016
Oleh itu diminta kepada sekelian ibubapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPKK dan SRAI pada tahun ini untuk memastikan anak-anak didik di SRAR Sungai Rokam dapat menumpukan perhatian dan melakukan persediaan awal dari segi rohani dan jasmani bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba.
Sukacita juga dimaklumkan, bagi calon-calon UPKK 2016 kini telah mula menjalani ujian lisan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) yang dikendalikan oleh guru terlibat.
Mohon juga kepada ibubapa atau penjaga untuk memastikan anak-anak didik di SRAR Sungai Rokam tidak ketinggalan untuk ujian lisan bagi pemarkahan peperiksaan UPKK 2016 ini. Kerjasama dari ibubapa dan penjaga anak-anak didik kami ini amat kami hargai.
Sign up here with your email
4 komen setakat ini.
Write komen setakat ini.pukul erapa blik mase periksa upkk
Replyjadual masih belum dikeluarkan. cuma tarikh peperiksaan yang sudah ditetapkan. akan dimaklumkan kemudian.
Reply,
Reply,
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon