Tahniah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah yang dinantikan sudah diperolehi. Terima kasih kepada semua yang sabar menantikan keluarnya keputusan UPKK 2015. Secara rasminya keputusan UPKK 2015 telah diumumkan oleh JAKIM pada pagi Jumaat yang mulia bertarikh 15 Januari 2016.

Edaran slip keputusan peperiksaan UPKK 2015 juga dilaksanakan pada pagi tersebut dan kami di SRAR Sungai Rokam juga tidak terkecuali dalam debaran mendapatkan keputusan peperiksaan UPKK 2015 untuk anak-anak didik SRAR Sungai Rokam.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala terdapat peningkatan peratusan bagi calon yang mendapat keputusan 8A dalam UPKK 2015. Daripada keseluruhan 86 orang calon, seramai 31 orang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A berbanding UPKK 2014 iaitu seramai 26 orang calon.

Tahniah kepada calon-calon yang berjaya. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang memberikan kepercayaan kepada guru-guru di SRAR Sungai Rokam. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus memastikan anak-anak didik di SRAR Sungai Rokam untuk terus berjaya.

Semoga SRAR Sungai Rokam terus komited dalam melahirkan anak-anak didik yang berjaya di dunia dan di akhirat.













Previous
Next Post »