Majlis Ihtifal SRAR KAFA Kawasan Ipoh 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, pada 24 April 2016 telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KAFA kawasan Ipoh 4 yang diadakan di SRA Imtiyaz, Ipoh.

Daripada 11 acara yang dipertandingkan, hanya 10 acara diwakili oleh anak-anak didik SRAR Sungai Rokam dalam pertandingan tersebut. 10 acara itu adalah, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban & Rawi, Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu, Pertandingan Syarahan Bahasa Arab, Pertandingan Hiwar, Pertandingan Bercerita dari Kisah Al-Quran, Pertandingan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Khutbah, Pertandingan Penulisan Seni Khat dan Pertandingan Penulisan Jawi.

Dari keseluruhan pertandingan, anak-anak didik yang mewakili SRAR Sungai Rokam berjaya menaiki pentas dalam 6 acara.

JOHAN

Pertandingan Hiwar (Perbualan Bahasa Arab)

Kumpulan Shoutul Banat

Amirah Afiqah bt. Amir 
Nurul Ain Najihah bt. Haidi 
Nur Liyana Atiqah bt. Hamidi

Pertandingan Penulisan Jawi

Nur Farhanah bt. Jalalol Khaizi

Pertandingan Marhaban & Rawi

Kumpulan Nurul Falah

Ammar Hasif b. Jerry Maslan
Adam Ariff b. Adnan
Muhammad Airel Daniel b. Nor Halim
Muhammad Izz Syahmi b. Ahmad Saherol
Muhammad Syazwan b. Sa'aid
Amirul Asyraf b. Noor Ahmad Affandi
Muhammad Ammar Haziq b. Rizal
Muhammad Farid b. Iskandar
Muhammad Afnan Shah b. Abdul Rahman
Muhammad Uzair Khan b. Mohd Firdaus


NAIB JOHAN

Pertandingan Penulisan Seni Khat

Nurul Hawardah bt. Mohd Yusoff

TEMPAT KETIGA

Syarahan Bahasa Arab

Ammar Fatih b. Asyraf

Bercerita Dari Kisah Al-Quran

Muhammad Aariz Faheem b. Faridam Shah

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat mewakili SRAR Sungai Rokam. Kita raikan kemenangan yang diberikan dan kita terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Adat dalam pertandingan, ada kalah dan ada yang memang.

Mudah-mudahan dengan platform aktiviti sebegini dapat mencungkil bakat-bakat anak-anak didik semua untuk cemerlang dalam bidang masing-masing kelak.

Gambar sekitar Majlis Ihtifal boleh dilihat di paparan Arkib Bergambar.





Previous
Next Post »