Pendaftaran Pelajar Sesi 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sesi persekolahan bagi tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bagi anak-anak didik, pastinya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati saat untuk meluangkan masa yang lebih lama bersama keluarga.

Bagi para tenaga pengajar pula, dalam minggu-minggu terakhir inilah saat untuk menyempurnakan segala tugasan untuk tahun 2016 sebelum mencorak dan memikirkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran untuk menghadapi sesi 2017 pula.


Seperti kebiasaannya bila bakal memasuki sesi persekolahan yang baru, hari pendaftaran sekolah adalah antara hari yang dinantikan oleh para ibubapa dan penjaga. Selain dapat merancang perjalanan atau percutian sebelum bermula sesi yang baharu, ibubapa dan penjaga juga dapat merancang perbelanjaan bagi mempersiapkan anak-anak untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Bagi pendaftaran pelajar baru dan pelajar sedia ada untuk sesi 2017 di SRAR Sungai Rokam, insyaAllah hari pendaftaran akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.

                 TARIKH  : 21 & 22 DISEMBER 2016
         MASA  : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT  : DEWAN UTAMA SRAR SUNGAI ROKAM.
Diharapkan kepada ibubapa dan penjaga sekalian dapat mematuhi ketetapan tarikh dan masa hari pendaftaran sepertimana yang telah dimaklumkan ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Bagi ibubapa dan penjaga yang ingin mendaftarkan anak-anak ke SRAR Sungai Rokam buat pertama kali, borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui pautan INI atau datang mengambilnya di pejabat sekolah atau boleh didapatkan pada hari pendaftaran nanti. 

Mohon bawa bersama sekeping gambar anak berukuran passport yang ingin didaftarkan dan sehelai salinan sijil lahir bagi tujuan rekod dan dokumentasi. Bagi anak-anak didik sedia ada, pastikan tiada tunggakan yuran 2016 bagi mengelakkan kesulitan pada hari pendaftaran kelak.



Previous
Next Post »