SOP pembukaan semula SRAR Sg. Rokam pasca PKPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah setelah sekian lama sesi persekolahan terpaksa dihentikan buat sementara akibat ancaman virus covid-19 yang melanda negara dan khususnya dunia, dengan pengumuman dari pihak JAKIM maka sesi persekolahan sekolah-sekolah KAFA akan kembali dibuka pada 2 dan 3 Ogos 2020.



Sehubungan itu, SRAR Sg. Rokam juga telah bersedia untuk menerima kembali kehadiran pelajar-pelajar bagi meneruskan sesi persekolahan pada tahun ini.

Beberapa SOP dan peraturan baru telah disusun bagi memastikan keselamatan dan penjagaan diri dikalangan warga dan pelajar SRAR Sg. Rokam untuk mengelakkan sebarang kemungkinan penularan dari berlaku.

Hebahan dan maklumat telah disampaikan kepada ibubapa, penjaga dan pelajar melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain bagi persediaan pembukaan semula sesi persekolahan.

Pihak tenaga kerja SRAR Sg. Rokam juga berusaha memastikan semua persediaan telah dijalankan bagi mematuhi prosedur standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

Kami berharap agar semua warga, pelajar dan ibubapa serta penjaga dapat mematuhi semua SOP dan peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

Kawasan ibubapa / penjaga menurunkan pelajar dan tempat beratur sebelum masuk ke kawasan SRAR Sg. Rokam

Pintu masuk ke kawasan SRAR Sg. Rokam (Hanya pintu ini sahaja dibenarkan untuk urusan keluar masuk)

Pelajar perlu berjalan mengikuti laluan yang telah ditetapkan

Tempat untuk membasuh tangan sebelum masuk ke kelas

Laluan untuk pelajar yang telah ditetapkan

Tangga Timur untuk laluan naik ke tingkat atas. Pelajar perlu turun melalui tangga Barat.

Ruang menunggu untuk pelajar transit



Previous
Next Post »