Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Ogos ni bulan yang agak 'ketat' dengan jadual bagi para pelajar dan guru. Ketat dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

InsyaAllah pada 8 Ogos 2016 bersamaan hari Isnin akan datang, kesemua anak didik SRAR Sungai Rokam tahun 5 akan menduduki peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2016. 


Sama-samalah kita berdoa semoga kesemua anak-anak didik yang menjadi calon UPKK 2016 dari SRAR Sungai Rokam dapat menghadapi peperiksaan yang bakal diadakan ini dengan jayanya.



Previous
Next Post »