SEMAKAN PENDAFTARAN CALON UPKK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bahang peperiksaan semakin terasa bila menghampiri suku terakhir tahun ini. Tidak terkecuali bagi anak-anak didik yang menggali ilmu di sekolah-sekolah KAFA seluruh negara.

Sejak sistem maklumat pelajar (SIMPENI) diperkenalkan dan dikuatkuasakan oleh pihak JAKIM kepada seluruh pengendali sekolah-sekolah KAFA, ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan kerja dalam mengemaskini rekod dan data murid.

Bagi tujuan pendaftaran untuk peperiksaan seperti pendaftaran peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA yang melibatkan pelajar tahun 5 di sekolah KAFA juga dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Dalam entri pada hari ini, admin ingin berkongsi sedikit cara atau kaedah bagi ibubapa atau penjaga kepada anak-anak didik di tahun 5 sekolah-sekolah KAFA yang menjadi calon peperiksaan UPKK untuk memeriksa status pendaftaran calon UPKK anak-anak anda semua.

LANGKAH 1

Akses ke laman web SIMPENI di http://simpeni.islam.gov.my/


LANGKAH 2

Disebelah kanan bawah paparan utama, di bahagian Maklumat Am, klik pada pautan "SEMAKAN PENDAFTARAN CALON UPKK'


LANGKAH 3

Anda akan dibawa ke paparan untuk memasukkan nombor kad pengenalan. Sila masukkan nombor kad pengenalan anak anda dan klik 'semak'


LANGKAH 4

Jika anak anda tersenarai sebagai calon UPKK, segala maklumat seperti nama, nombor kod pusat peperiksaan, tempat peperiksaan akan dipaparkan. Dan seperti yang tertera dipaparan tersebut, sekiranya terdapat kesilapan ejaan pada nama, sila maklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera agar dapat dikemaskini.


Mudah-mudahan dengan penerangan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba.





Previous
Next Post »